Pertandingan Kampung Tradisi PI Kubu Gajah dan Program Advokasi
15 Ogos 2017 | Aktiviti TerkiniTujuan utama aktiviti ini diadakan adalah bertujuan untuk memfokuskan keunikan yang ada disamping memperkenalkan tradisi dan budaya yang sihat yang ada di kampung Kubu Gajah. Selain itu juga, ia dapat merapatkan hubungan silaturahim antara komuniti Kampung Kubu Gajah dengan staff Pusat Internet Kg Kubu Gajah. Selain itu juga, dapat mengetengahkan produk yang dihasilkan usahawan.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah sesi pembentangan profil kampung, pengenalan PI, pameran motor, jualan iks dan sebagainya. Para jemputan dibawa melawat kawasan sekitar Kg.Kubu Gajah untuk melihat keunikan yang ada disini. Antara jemputan yang hadir ialah pegawai dari pejabat daerah Petaling Jaya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: